Kerjaya antarabangsa Layvin Kurzawa

Kurzawa telah dilahirkan dalam keluarga yang mana bapanya merupakan orang Guadeloupe[17] manakala ibunya ialah orang Poland. Beliau telah dijemput untuk beraksi mewakili pasukan kebangsaan Poland.[18][19]

Beliau merupakan pemain belia antarabangsa Perancis dan pernah melakukan penampilan bersama pasukan bawah-19.[20] Pada 14 Oktober 2014, ketika perlawanan timbal balik play-off kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 menentang Sweden, Kurzawa meraikan jaringan gol Perancis dengan menyindir pemain-pemain Sweden melalui tabik hormat. Tidak lama kemudian, Sweden menjaringkan gol lalu memenangi perlawanan itu dengan kedudukan 4-1 sekali gus menyingkirkan Perancis untuk layak ke kejohanan akhir.[21][22] Sweden akhirnya menjuarai kejohanan itu dan seluruh pasukan meraikan kejayaan mereka dengan menggunakan cara sindiran Kurzawa.[23]

Pada 14 November 2014, beliau melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior selepas menggantikan Lucas Digne pada 20 minit terakhir ketika pasukannya terikat seri 1-1 menentang Albania.[24] Pada empat hari kemudian, beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Perancis ketika pasukannya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Sweden sebelum beliau digantikan oleh Digne.[25]

Kurzawa menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama pada 1 September 2016 untuk menundukkan Itali dengan kedudukan 3-1 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadio San Nicola di Bari.[26]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Layvin Kurzawa http://www.20min.ch/ro/sports/football/story/La-f-... http://www.beinsports.com/au/uefa-champions-league... http://www.espn.com/soccer/report?gameId=511012 http://www.espnfc.com/club/paris-saint-germain/160... http://www.goal.com/en-gb/match/psg-vs-bordeaux/20... http://www.goal.com/en/match/france-vs-sweden/1946... http://www.goal.com/en/news/1716/champions-league/... http://www.ligue1.com/ligue1/article/ibrahimovic-n... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.punditarena.com/football/scurtin/entire...